PEMBUKA KATA PEMULA BICARA

Saturday, August 8, 2009 · 1 comments

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada kita dan semua warga UMNO kerana kita terus kukuh dalam mengekalkan kesinambungan parti yang menjadi warisan dan generasi kepimpinan terdahulu.

Kita telah bersama – sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kerukunan kita dalam satu organisasi, secara tidak langsung menjadi barisan kepimpinan yang akan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai arena, hinggalah kita dapat membawa hala tuju Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin ke arah yang maju dan membangun seperti yang dicita – citakan.

Sememangnya peredaran masa membawa pelbagai tuntutan dan cabaran baru terhadap kepimpinan ibni. Justeru itu, kita sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kekuatan bagi berdepan dengan pelbagai cabaran seiring dengan hasrat dan cita – cita murni kita bersama.

Perkembangan politik semasa juga tidak kurang membimbangkan, yang mana memperlihatkan parti pembangkang sentiasa menunggu peluang mencari kelemahan kita untuk berkuasa dan mengejar kedudukan hingga sanggup memecahbelahkan persefahaman dan perpaduan serta keyakinan ahli – ahli parti terhadap parti. Namun demikian, kita sentiasa bertekad walau apapun perkara yang melanda parti, kita tetap berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan parti dan mengekalkan taat setia terutamanya terhadap Presiden Parti dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pusat sendiri.


Marilah kita bekerja dengan ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan balasan semata–mata kerana dengan ini perancangan dan strategi parti untuk pengukuhan dan perpaduan bersama akan tercapai dan terus relevan di mata rakyat dan seterusnya menawan hati pengundi di masa hadapan.

“SALAM PERJUANGAN”

PN. ZALEHA BTE BUJANG

KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN JASIN

Jangan Permainkan Islam Dalam Politik

Friday, July 10, 2009 · 1 comments


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kenyatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pertandingan secra sihat berlangsung pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.41 Manek Urai disambut baik oleh pemimpin PAS yang turut melahirkan hasrat sama.

Namun demikian, janji tersebut hanya ungkapan manis di bibir sahaja lantaran tindakan para pemimpin tertingginya yang terus-terusan melemparkan tuduhan dan fitanah kepada UMNO dan BN sekalipun mereka sendiri tahu kenyataan yang sebenarnya.

Dalam kempen terbarunya di Chuchoh Puteri, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus menjadikan UMNO sebagai sasaran kempennya dan menuduh UMNO amal ajaran sesat sebagaimana pertubuhan al-Arqam dan ajaran Ayah Pin.
Sememangnya ini bukan kali pertama tuduhan dan fitnah sedemikian dilemparkan malahan UMNO juga pernah dilabel oleh para pemimpin PAS seperti kafir, munafik dan pelbagai lagi caci-maci kata nista.

Namun demikian, apa yang lebih penting adalah penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku malah secara waras lihatlah sendiri bagaimana kedaan sebenar Islam yang direalisasikan antara PAS dan UMNO.

Tidak cukupkah tragedi sembahyang jemaah dua imam, suami isteri berlainan fahaman politik bercerai-berai dan tidak menziarahi jiran sekampung sama ada kematian atau kenduri, sebagai contoh, semuanya itu jelas merupakan kesan daripada ‘kiasan’ takfir Haji Hadi kepada UMNO.

Bagaimana pula dengan kenyataan dibolehkan berkawan dengan syaitan, umat Islam dibenarkan mencarut dan bersekongkol dengan DAP lantas melenting pula apabila soal perpaduan ditimbulkan.

Sesungguhnya, pengukuran Islam bagi PAS amat mudah, malah hanya dengan mengenakan jubah dan lilit serban di kepala maka akan nampaklah bahawa mereka lebih Islam dari yang lain.

Sememangnya, apa guna dari segi luaran nampak berlagak alim, bangga dengan ilmu yang ada akan tetapi hati dan lidah penuh dengan sifat mazmumah, penuh dengan nista seolah terlupa di akhirat kelak lidah menjadi kelu lantas anggota lain yang berbicara.

Bukan sekadar berkata tanpa fakta dan berhujah tanpa kata-kata sebaliknya kepincangan dalam kepimpinan PAS ini sendiri turut diakui oleh ahli-ahlinya.

Pada Muktamar PAS lalu juga, pelbagai hujah dan saranan termasuklah suara para perwakilan yang mewakili akar umbinya mahukan PAS kembali ke idealogi asal parti tersebut.

Menyusur kembali apa yang berlaku, ada antara perwakilannya sendiri yang menyelar tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip khususnya berkaitan isu akidah dan hasrat mewujudkan sebuah negara Islam.

Hal ini dikatakan semakin ketara apabila PAS mengadakan sekutu dengan pakatan pembangkang lain yang secara jelas menentang idealogi Islam.

Dilaporkan ada antara perwakilannya yang mengganggap usaha PAS terhadap idealoginya sebagai gagal lantaran terlalu menjaga hati rakan sekutu dalam pakatan campuran hinggakan sanggup mengenepikan gerakan perjuangannya sendiri.

Malahan, salah seorang perwakilannya turut mempersoalkan kenapa kini barisan kepimpinan PAS sendiri gagal untuk menyelesaikan isu-isu akidah yang dibuat sambil lewa seperti melepas batuk di tangga.

Jika dahulu PAS pernah melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya.

Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan Allah.

Sumber: http://umno-online.com

Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai

· 0 comments

KUALA KRAI, 6 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan diterima oleh penduduk di Manik Urai berdasarkan tiga faktor utama.

Faktor-faktor itu, ialah kelebihan calon BN berbanding calon Pas, sokongan daripada penyokong wakil rakyat Pas yang terdahulu di Manik Urai dan perubahan yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN di peringkat nasional, katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai di SMK Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Pas.

Mustapa, yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil BN Manik Urai, berkata calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, adalah bekas seorang pegawai Kesedar, manakala lawannya Mohd Fauzi Abdullah dari Pas adalah seorang pemborong ikan.

Bagi faktor kedua, katanya, wakil rakyat di situ sebelum ini, Ismail Yaakob daripada Pas, yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu, mempunyai ramai pengikut peribadi yang mungkin mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

“Satu lagi faktor ialah penduduk Manik Urai akan menilai perubahan di peringkat nasional. Ini akan beri tiupan semangat kepada kita,” kata Mustapa, merujuk kepada perubahan pada pucuk pimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah jentera parti perlu bekerja keras meyakinkan pengundi terutama pengundi atas pagar.

“Ini bukan kerusi mustahil (untuk BN menang) dengan syarat semua kerja keras,” kata Hishammuddin.

Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Tuan Aziz mempunyai kelebihan dalam pengurusan berdasarkan pengalamannya selaku pegawai Kesedar.

“Saya yakin beliau akan diterima baik oleh pengundi. Masalah yang dihadapi pakatan pembangkang di beberapa negeri yang diperintahnya juga mungkin menjejaskan keyakinan pengundi,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berkata pergerakan itu akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN, terutama dalam mengembalikan sokongan golongan muda.

“Tuan Aziz selain merupakan anak tempatan, adalah Ketua Pemuda Umno Kuala Krai dan ini memberi kelebihan kepada jentera Pemuda untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dapat menilai bahawa Pas lebih banyak beretorik daripada membangunkan negeri dan kawasan yang diwakili parti itu.

“Dalam tinjauan Wanita di Manik Urai, mereka (pengundi) telah menyatakan sudah bosan dengan cara Pas mentadbir dan membuat janji kosong semata-mata,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yakin Tuan Aziz bakal mencatat kemenangan kerana calon BN itu diterima rakyat di Manik Urai.

- BERNAMA

Pesanan Anda


Nama Anda
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Laman Blog Dibangunkan Oleh ABAiT

Status Admin

Najihah Bte Hj.Abdul Malek
Biro ICT Wanita Umno Bah.Jasin

Info Online

Lagu Tema Umno

Bicara Wanita



Kami Di Sini

Post Terkini

Komen Terkini

My Blog List

Pendaftaran Online

Pendaftaran Online
Klik Gambar

Site Sponsors